
seceria dan sebahagia ini iman mereka..pabila mula mengenal islam
- Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Bab Generasi al-Qur'an yang Unik)
Mereka, generasi al-Qur'an yang unik itu
saat menerima Islam
merasakan dengan sepenuh jiwa mereka
lantas menanggalkan segala pakaian Jahiliyah
biar yang ada pada dirinya, cuma Islam
dengan pakaian taqwa.
Generasi manusia yang hebat itu
bukan para malaikat
lantas adakalanya langkah mereka tersasar
adakalanya tertipu jua dengan godaan dunia
tapi mereka pantas kembali
bergegas mencari al-Qur'an buat panduan diri
sedia menanti
arahan Tuhan
dari setiap kalam-Nya lewat Nabi
seperti perajurit perkasa
senantiasa siap siaga
menerima arahan dari komandernya.
Al-Qur'an itu bukan rujukan mereka sekali sekala
bukan juga bacaan saat berduka lara
tetapi mereka hidup dengan bayangannya
hidup berorientasikan setiap arahannya
menjadikan al-Qur'an itu sumber rujukan hidup yang utama.
Hebatnya mereka bukan kerana istimewa berada di sisi Nabi
tapi kerana sedaya upaya
menyahkan jahiliyah daripada diri
dan setiap masa
cuba meletakkan dalam landasan kalam Ilahi.
Lalu itu yang membuatkan mereka
mampu berubah 180 darjah
dari manusia entah siapa-siapa
kepada mereka yang terhebat dalam sejarah manusia biasa
mereka yang bisa mengubah dunia
kembali sejahtera.
No comments:
Post a Comment