sesunggguhnya mereka adalah pemuda2 yg beriman kpd tuhannya dan kami tambahkan petunjuk kpd mereka[kahfi:13]

28 February 2011

yang penting cool dan steady.

konsisten dan berterusan.

rite?

25 February 2011

Amal Islami KIta

bismillahirrahmanirrahim..dengn nama ALlah pemegang hati2 yg sangt mudah berbolak balik.
moga kita semua dalam keadaan iman yg sihat sejahtera.

bbrapa hari ini terasa IMan yg agak kelesuan.
cepat letih.fuh!apeni?kenapa begini?astaghfirullah..
berperang dgn diri sendiri.

benar..terdapt dua tarikan.
samada tarikan iman atau tarikan syaitan.
terpulang pada kita untuk cenderung ke arah mana.
susah. betol..
namun itulah mujahadah kita..

bagaimana ingin kita memikul amanah dan tggjawab yg sangt "BESAR" dan "BERAT" itu
andai pemikul2nya seorang yg lemah iman dan rendah hammasah dan himmahnya?
-kata2 untuk diriku terutamanya-

dan kita menyedari kepentingn amal islami kita..yg bukan saja2 atau sekadar dipandang ringan.

sungguh manuasia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal..

sememangnya kita punya ramai org2 islam namun berapa ramai mereka yg islam adalah
benar2 beriman?

namun seberapa ramai yg beriman dan faham keperluan beramal?

lebih mengkhuatirkan dalam mereka yg beramal sseberpa ramai yg kekal istiqomah?

walaubagaimanpun..amal islami kita bukan sekadar terhad kepada kewajipan solat lima

waktu sehari dan semalam..kita berbuat baik dan berakhlak mulia dalam kalangn

manusia..juga dgn merasa cukup pabila kita membaca helaian2 kitab suci alquran saban

hari.bukan hanya sekadar itu.

ohh tidak.

kewajipan amal islami kita terhenti dan terhad dgn kadar itu.bahkan,lebih dari itu.

'dan AKU ciptakan manusia untuk menjadi khalifah diatas muka bumi'-2:30

'dan tidaklah aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku'-51:56

masyallah,kerana fahamnya akan ayat inilah..para sahabat sanggup berjuang dan

berkorban walau apa sahaja tanpa mengira keletihan dan kepayahan.
.
ya.mereka MENYAMPAIKAN..sedar atau tidak adakah kita sedar bahawa ada satu AMAL

ISLAMI dan menjadi sunnah terbesar nabi iaitu TuGAS MENYAMPAIKAN..

dan dakwah kita bukan sekadar menyampaikan..

tetapi kita MENYAMPAIKAN DAN MERUBAH..

sejujurnya saya sangt2 bersyukur kerana allah memilih saya untuk berada dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini..

tapi hakikatnya..saya takut dan getar..
bukan bermaksud saya penakut.tapi saya sagt sedar apa yg allah hadiahkan pada saya

bukanlah satu benda yg biasa2-sudah pasti ada sebab dan hikmah disebalik itu..yg xleh ak sia2kan.

sejak itu,rasa xsenang duduk tatkala duduk bersenang2~~
doakan saya kuat.

-annurhaq-
irbid,jordan
-mode:rindu akhwat3-

06 February 2011

turning point 180 darjah-

Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyah. Dia merasakan ketika dia mula menganut Islam bahawa dia memulakan zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya daripada hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah; dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya suatu ketika, atau sekali-sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaannya yang dahulu, atau kalau dia merasa lemah dari melaksanakan tugas dan kewajipan keislamannya, nescaya dia merasa bersalah atau berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh al-Qur'an.


seceria dan sebahagia ini iman mereka..pabila mula mengenal islam

- Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Bab Generasi al-Qur'an yang Unik)

Mereka, generasi al-Qur'an yang unik itu

saat menerima Islam

merasakan dengan sepenuh jiwa mereka

lantas menanggalkan segala pakaian Jahiliyah

biar yang ada pada dirinya, cuma Islam

dengan pakaian taqwa.

Generasi manusia yang hebat itu

bukan para malaikat

lantas adakalanya langkah mereka tersasar

adakalanya tertipu jua dengan godaan dunia

tapi mereka pantas kembali

bergegas mencari al-Qur'an buat panduan diri

sedia menanti

arahan Tuhan

dari setiap kalam-Nya lewat Nabi

seperti perajurit perkasa

senantiasa siap siaga

menerima arahan dari komandernya.

Al-Qur'an itu bukan rujukan mereka sekali sekala

bukan juga bacaan saat berduka lara

tetapi mereka hidup dengan bayangannya

hidup berorientasikan setiap arahannya

menjadikan al-Qur'an itu sumber rujukan hidup yang utama.

Hebatnya mereka bukan kerana istimewa berada di sisi Nabi

tapi kerana sedaya upaya

menyahkan jahiliyah daripada diri

dan setiap masa

cuba meletakkan dalam landasan kalam Ilahi.

Lalu itu yang membuatkan mereka

mampu berubah 180 darjah

dari manusia entah siapa-siapa

kepada mereka yang terhebat dalam sejarah manusia biasa

mereka yang bisa mengubah dunia

kembali sejahtera.

05 February 2011

Qaedah Sulbah

bismillahirrahmanirrahim..

seringkali ak berkira2.atas tujuan apa perlu ku isiqomahkan dan memaksakan diriku untuk terus menulis walau sesimple mana sekalipun..
mana mungkin mampu ku menulis dgn hati yg kering,kerna hanya tulisan dari hati mampu meyentuh hati2..

sudah pasti karangan hatiku ini xsehebat mereka,yg sudah lama berada atas jalan ini.bertungkus lumus berpenat lelah.
apalah la sagt diriku,bak kata org..bagai setahun jagung.
syukur alhamdulillah,kerna allah telah memilihku untuk memahami erti sebuah SYAHADAH..
sampaikanlah hingga umat tidak mempersoalkan dirimu..ye,sampai begitu sekali bukan??

namun adakah semudah itu pabila kita katakan sudah memahami dan ingin menyampaikan?
sekadar menitip di bibir..
menyampai dari mulut ke mulut?kalo benar begitu,tidak perlu nabi bersusah payah hingga dilempar batu,najis,dicaci dicerca..aduh sayu hatiku pbila mengenangkan kisah itu..
kerna ak masih lagi mampu hidup diulit kesenagn dan nikmat yg pelbagai..astgfrullahalazim..

QAEDAH SULBAH(QS)..
kekuatan tulang belakang,
menjadi tunjang utama dakwaah nabi dalam membina sahabat2 untuk memikul satu tugas yg sangt membebankan dan melelahkan..
hnya kerna QS mereka mampu bertahan..
Qs menjadikan mereka ingin terus thabat dan yakin dgn syurga allah..xkisah walau diseksa mahupun terseksa..




ya..dgn tulang belakang yg lurus dah kukuh memampukan seseorang untuk berlari..
bayangkan kalau tulang belakang yg rapuh?
bukan kata berlari..
berjalan tidak tentu lagi..atau mungkin menjadikan gerak kerja yg perlahan..
seringkali ku mengingatkan diri dan diingtkan..
agar menyeimbangkan semangat beserta iman..

perlu untuk kita merasakan dan memperkasakan QS diri..
bangunan yg gah mudah goyah dgn foundation dan basement yg lemah dan longgar..

kenapa perlu qaedah sulbah?
sbb jalan ini payah..
akan tertapis mereka yg lemah..

dan paling dikhuatiri..
akan terputus dakwah..
pabila generasi kemudian makin melemah dan alpa dihimpit wahan..
iaitu takut pada mati dan cinta pada dunia.

dan dakwah x mmerlukan kita..
bahkan kita yg memerlukan dakwah.



tahu,bukan semudah itu.usaha berlari..
-annurhaq-

31 January 2011

Sepanjang perjalanan..ku ditarbiyyah..

salam akhwat fillah..
alhamdulillah,kembalinya ak di bumi jordan dengan 1001 kesyukuran selepas menempuh pelbagai cabaran yang sangat mengujikan sepanjang perjalanan..huhu,xleh bayang terkandas kat epot cairo 16jam..balik sehelai sepinggang tanpa beg2 yg ntah xtahu kat mana sekarang.sob3..gambar2 sume dah xder..urm..
benar sekali kata2 mereka yang sudah lama dijalan ini,pabila kau kata dirimu rela ditarbiyyah maka dirimu perlu bersedia untuk diuji..
sepanjang perjalnan itu,
ak membuka seluas2nya hatiku untuk menerima sebanyak mungkin tarbiyyah dari allah..
positif dgn apa yg berlaku..





disana,ak bertemu mereka..
subhannallah,kalian sungguh amat ak kagumi,
mentrigger ku untuk terus melompat lebih tinggi..
ak merasai hammasah dan himmah mereka yang amat yakin dgn jalan yg dipilih..
sangat terasa kehangatan ukhwah tatkala pertama kali bertemu mereka..walau baru berjumpa dan baru terpisah namun dalam hati sudah menumbuh rasa rindu dan sayang pada mereka..

ya allah,sudah kau janjikan bhw bumi ini akan kau wariskan kepada hamba2mu yg beriman..
kerana itu,ak bertemu mereka yg bersusah payah untuk itu..
berdikit2 mentarbiyyah hati,mengikis jahiliyyah yg melekat dalam diri,istiqomah dan terus bekerja untuk satu perjalanan yamg amat panjang..

ya,disana memang tersergam gah dan indah bangunan2 ciptaan manusia,cukup mempesona hati yang lekat dgn dunia..alahai,mengapa manusia beriya2 pada bangunan yg tiada punya roh?
setiap tapak perjalnan ak mentadabbur alam ciptaan tuhan,sebagai satu tanda kekuasaan kpd manusia untuk menambah iman dan taqwa..

disepanjang perjalann,
sungguh ak belajar sesuatu,tarbiyyah khas allah buat diriku.
mahu ku genggam erat dalam hati xmahu terlepas..baiknya allah,namun ak yg menzalimi diri sendiri krn kurang mensyukuri..astaghfirullah..

semoga permusafiran itu,menambah manis ukhwah antara kami yg pada mulanya segan bercerita tentang hati namun akhirnya sudi untuk berkongsi..
tiada apa yg terbaik melainkan apa yg telah berlaku..bersama mengalirkan semangt dan aura2 positifmu,hingga bermanfaat buat mereka disekelilingmu ..


ya allah,hidupkan ak dalam iman dan matikan ak dalam iman.
selamatkan ak dari hitam lumpur jahiliyyah..
-annurhaq-
jordan..

14 January 2011

menghangat..'rasa' di suatu malam T___T..


dengan nama allah yang memegang hati2 kami..
entri kali ini ak tujukan khas buat mereka yang sudah dekat di sudut hatiku..
sungguh kalian benar2 istimewa dalam hati ini..
makin hari makin sayang.
xjumpe seharian sudah merasa rindu-rinduan..
bukan mudah untukku meeluahkan sayang menzahir rasa rindu pada orang..namun dijalan ini ak merasa satu kemanisan..ak belajar sesuatu..menurun egoku..yang ingin ku syukuri yang amat2..xmahu melepaskan..
benar..benar..benar..
inilah tulisan hati yang kaku tuk ku tulisan dihadapan kalian.


ukhti2ku...
bila bersama kalian rasa xmahu langsung berpisah..
ikatan hati yg kian menebal hari demi hari menyeksa jiwa bila masa mejarakkan kita..
ak menghargai..dan ingin memahat saat2 berharga perkongsian di suatu malam itu..

benarkah ini yang dikatakan ukhwah fillah??kita saling berkongsi rasa dan mengikat janji setia untuk terus bersama2 thabat atas jalan ini..susah senang kita bersama2 bekerja di jalan ini..betapa ingin ku katakan tarbiyyah mengajarku
untuk menghargai dan menyayangi insan2 disekelilingku..

kalian ukhti2ku..
jalan ini mntarbiyyahku..
untukku mggenggem erat tagn2 kamu mengikat simpul mati ikatan ukhwah dan tali persahabatn krn ilahi..
sungguh ini hadiah xternilai dari allah yang senantiasa memberi kebaikan kpd hamba2nya..
DIalah yg mencampak rasa sayang ini sebagai tanda sayangnya pada kita..


kalian ukhti2ku..
hari ini kita berbaiah..
ingin terus bersama2 menelusuri jalan dakwah dan menempuh kepahitan dan kemanisan sepanjang melalui perjalann ini...
kita saling mencari,menyEdut dan memberi semangat..
sungguh mukmin itu umpama batu bata yang saling melengkapi dan saling menguatkan..
xmungkin ku perolehi kekuatan ini tanpa antunna yang meniup roh para pejuang..
roh para perindu syurga..

kalian ukhtiku2..
rasa terpanjang entri kali ini..
namun kasih ini xpuas untuk ku ungkapkan..
buat 'kakak'yang menemani sepanjang di suatu malam itu..
ingin ku katakn..'mahu terus hangat dgn 'rasa' itu..xmahu ku kumpul2,simpan2,sembunyi2 'rasa' itu..hehee..(faham ke?)....

manisnya ukhwah
bila bertemu xjemu..
bila berpisah rasa gelisah..uhibbukunna fillah..

-annurhaq-
irbid,jordan..
dibumi barakah ini ak menyediakan seluas2 hati untuk diisi..